Kumpulan Art Square

Kumpulan Art Aquare telah terlibat dalam bidang penerbitan di Malaysia hampir sedekad lamanya. Kini, produk terbitan Art Square bukan hanya boleh didapati di Malaysia malahan di Singapura dan Brunei.

Syarikat kami amat dedikasi untuk menerbitkan bahan bacaan inovatif bagi generasi muda di Asia. Dengan matlamat itu, kami berusaha mencipta hala tuju untuk industri komik dan hiburan tanah air. Pencapaian terbaik syarikat kami adalah apabila majalah terbitan kami diterima oleh para peminat komik dan para pembaca sebagai sumber rujukan berita terkini dalam bidang komik, gaya hidup dan hiburan.

Hingga kini, kami telah menerbitkan 5 majalah - GEMPAK, UTOPIA, COMIC KING, HYPe! dan STARZ. GEMPAK dan UTOPIA kini mempunyai bilangan peminat yang ramai serta antara majalah yang tertinggi jualannya di pasaran Malaysia.

Kini, kami merancang untuk menerbitkan lebih banyak bahan bacaan yang menyeronokkan dan meransang minda. Tentunya ini akan lebih tertumpu pada penerbitan majalah bergenre games, hiburan dan gaya hidup yang menjadi minat utama kami. Tidak dilupakan juga usaha kami menerbitkan novel grafik tempatan dan antarabangsa (dengan hakcipta rasmi). Ia adalah sebagai bukti kepada komitmen jitu kami dalam menyediakan komik dan majalah yang berkualiti dan sofistikated untuk para pembaca.